27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Guru-guru kerah kudrat, tenaga bantu mangsa banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DALAM keadaan negara yang ditimpa banjir dan ketika banyak mangsa yang terkesan akibat bencana itu, golongan pendidik tidak ketinggalan untuk mengerah kudrat, tenaga dan masa untuk membantu mereka.

Apatah lagi ketika bencana itu banyak sekolah yang terjejas, malah guru-guru juga tidak ketinggalan menjadi mangsa banjir.

Justeru, sukarelawan bantuan bencana Guru Pewaris Negara, terus menggerakkan misi pembersihan di kediaman warga pendidik, sekolah dan komuniti yang terjejas banjir.

Berdasarkan perkongsian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Facebooknya, golongan terbabit di setiap negeri yang terkesan banjir telah melaksanakan misi sejak hari pertama kejadian.

Pada 25 Disember lalu, Guru Pewaris Negara telah digerakkan untuk menjalan operasi pembersihan di kediaman yang terjejas di Taman Sro Muda, Shah Alam serta Hulu Langat, Selangor dan di Linggi, Negeri Sembilan.

Sukarelawan Guru Pewaris Negara membersihkan kediaman seorang rakan guru yang terkesan akibat banjir. – Sumber: FB KPM

Operasi itu para pegawai KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), guru-guru dan guru pelatih institut pendidikan guru (IPG).

Baca juga:   18,702 guru pengambilan 'one-off' lapor diri hari ini

“Di Hulu Langat, ia melibatkan 100 orang sukarelawan yang bekerjasama dengan Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Majlis Guru Besar (MGB), AKRAB, Educaring Team Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu, Pelangi Pagi, Surau At Taqwa Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan PEKDIS.”

Turut dikongsi kegiatan IPG Kampus Pendidikan Teknik yang diketuai oleh Pengarahnya, Romai Noor Rabbu, para pensyarah dan guru pelatih membersihkan kediaman di Taman Sri Muda.

Baca juga:   Diesel bernilai lebih RM88,150 dirampas

Sukarelawan IPGM dan IPG Kampus Pendidikan Islam di Meru, Klang bersama-sama Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar IPGM, para pensyarah dan guru pelatih pula menjalankan operasi pembersihan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Sekolah Rendah Agama (SRA) Intergrasi Tun Fatimah serta kediaman Cikgu Abu Talib, mantan Pengarah Pendidikan Petaling.

Banyak peralatan sekolah yang rosak akibat banjir. – Sumber: FB KPM

“Sukarelawan IPG Kampus Raja Melewar terdiri 19 pelajar, 12 sukarelawan tambahan bersama empat pensyarah dan seorang pemandu telah menjayakan misi pembersihan pascabanjir di Kampung Amar Penghulu, Jelebu, Negeri Sembilan.

“Mereka bergotong-royong membersih lapan buah rumah penduduk di sekitar kampung tersebut. Di samping itu juga, sumbangan turut diberikan kepada mangsa banjir,” kongsi KPM.

KPM turut berkongsikan misi pembersihan diteruskan di SMK Taman Sri Muda yang ditenggelami air akibat banjir besar minggu lalu.

“Terima kasih Sukarelawan Guru Pewaris Negara (GPN) Kementerian Pendidikan Malaysia, GPN Selangor, GPN Johor dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dalam operasi pembersihan kali ini.

Baca juga:   Kerajaan ada wang laksanakan Bajet 2023 - Ismail Sabri

“Turut serta membantu seramai 20 ahli bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 100 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT),” kongsinya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan