Tuesday, June 16, 2026

Syarikat pelancongan diberi kelonggaran sehingga Jun – MOTAC

Bagi memenuhi syarat pelesenan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482)

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT pengendali pelancongan diberi kelonggaran untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan lesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) bermula 1 Januari sehingga 30 Jun tahun depan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, selain kelonggaran dari segi keluasan premis, ia juga membabitkan kelonggaran kebenaran untuk menjalankan perniagaan lain dalam premis tempoh penyewaan premis perniagaan secara co-share office space.

“Kelonggaran ini dijangka memberi manfaat kepada seramai 5,467 pengusaha pelancongan berlesen yang menjalankan perniagaan agensi pengembaraan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MOTAC berkata, pihaknya berharap kelonggaran yang diberikan itu dapat membantu meringankan beban dan masalah dihadapi oleh syarikat pengusahaan pelancongan yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, MOTAC telah melanjutkan tempoh kelonggaran syarat tersebut 1 Julai hingga 31 Disember ini.

Kenyataan itu menyebut, kelonggaran itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 6,945 pengusaha pelancongan yang berlesen yang menjalankan perniagaan agensi pengembaraan. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan