24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes sembuh atasi kes harian; 2,757 kes baharu hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan baharu Covid-19 masih merekodkan di bawah angka 3,000 dengan 2,757 kes hari ini.

Pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,743,936 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh merekodkan sebanyak 4,620 kes sekaligus mengatasi kes harian.

“Ia menjadikan jumlah kes kumulatifnya sebanyak 2,669,654 atau 97.3 peratus.

“Daripada kes baharu tersebut sebanyak 163 adalah kes import yang melibatkan seramai 151 warganegara dan 12 bukan warganegara.

Advertisements

“Sementara, penularan tempatan merekodkan sebanyak 2,594 kes [2,502 warganegara (96.5 peratus); 92 bukan warganegara (3.5 peratus).

“Terdapat 40 kes (1.5 peratus) daripada kes harian yang dilaporkan adalah daripada kategori 3, 4, dan 5; dan 2,717 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan sebanyak 297 kes dengan 247 kes disahkan COVID-19; 50 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 169 kes (96 kes disahkan COVID-19; 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Beliau berkata, sebanyak tujuh kluster lagi dilaporkan pada hari ini menjadikan kluster aktif kini mencecah 223 kluster. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan