26 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 10, 2023

Arahan kuarantin menteri pulang dari luar negara masih terpakai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA menteri yang sedang bercuti di luar negara dan diarahkan pulang segera masih tertakluk kepada perintah kuarantin seperti ditetapkan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, buat masa ini, mereka mesti menjalani kuarantin.

“Walaupun dipanggil pulang, sangat penting untuk berwaspada dan berhati-hati dalam hal ini dan perkara (kuarantin) ini masih lagi terpakai,” katanya hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan sama ada menteri yang diarahkan pulang tertakluk kepada kuarantin atau mereka akan diberikan pengecualian tertentu memandangkan negara berdepan masalah banjir.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan cuti masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di Bentong, Pahang. -Edisi 9

Terkini

Pasangan warga asing diberkas jadi ejen permit kerja haram

WARGA asing dipercayai suami isteri dan ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap di sebuah...

Lagi Artikel Berkaitan