29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Banjir: MARA gerak 280 pelatih baik pulih pendawaian elektrik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) menggerakkan seramai 280 pelatih dan pelajar GIATMARA dan Institut Kemahiran MARA (IKM) bagi membantu kerja-kerja membaik pulih pendawaian elektrik rumah mangsa banjir.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, selain pendawaian elektrik rumah, mereka juga akan membantu membaik pulih kerosakan kecil kenderaan, peralatan elektrik dan elektronik serta kerja selenggara perlindungan kerosakan.

“Kita telah mula menggerakkan inisiatif MARA Prihatin melalui GIATMARA serta IKM ini dengan kemahiran yang ada pada pelatih dan pelajar dari kedua-dua institusi tersebut mulai hari ini.

“Kita memahami kesukaran penduduk berkaitan masalah pendawaian elektrik yang rosak dan berisiko dalam bahaya selepas rumah ditenggelami air banjir selain kesukaran dari segi kerja-kerja membersihkan kawasan rumah dan juga premis-premis bangunan awam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Antara pelatih dan pelajar yang terlibat adalah daripada Program Diploma Kompetensi Elektrik (DCS) dan Sijil Teknologi Kimpalan (STK).

Sukarelawan MARA diberikan taklimat sebelum memulakan kerja masing-masing di Padang Jawa, Klang hari ini. – Sumber: KPLB

Jelas Mahdzir, lokasi tumpuan utama sukarelawan GIATMARA dan IKM itu adalah di sekitar Taman Sri Nanding, Hulu Langat dan Padang Jawa, Klang.

Program Khidmat Masyarakat MARA Prihatin@KPLB itu diketuai oleh Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun yang turun padang bersama pegawai kanan MARA, GIATMARA serta IKM di Padang Jawa hari ini.

“Mereka ini akan mula bergerak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama (SRA) Padang Jawa, Klang dan ke lokasi seterusnya mengikut kesesuaian lokaliti memandangkan sebahagian besar kawasan masih belum boleh dimasuki oleh orang awam kerana paras banjir yang masih belum surut,” katanya.

Selain sukarelawan yang berkemahiran dalam kerja-kerja pembaikan, MARA turut menggerakkan lebih 300 sukarelawan warga kerjanya, anak-anak syarikat, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar di bawah kawal selianya.

Mereka dihantar ke lokasi banjir di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan sejak beberapa hari lalu bagi membantu mangsa bencana banjir luar biasa yang melanda kali ini.

“MARA juga telah mengenal pasti 2,008 warga kerja termasuk kakitangan anak-anak syarikatnya dan juga pelajar dibawahnya yang menjadi mangsa banjir.

“Bantuan segera berupa wang tunai, barangan makanan, pakaian serta keperluan lain telah disalurkan kepada mereka termasuk dibantu dari segi kerja pembersihan rumah mereka,” jelas Mahdzir.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan