27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

PR1MA tambah RM3 juta bantu mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERBADANAN PR1MA Malaysia (PR1MA) telah menambah RM3 juta untuk membantu Keluarga Malaysia yang terjejas dengan bencana alam baru-baru ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan untuk misi bantuan banjir oleh PR1MA sebanyak RM5 juta.

Pengerusi PR1MA, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, bantuan tambahan bencana banjir 2021 itu merupakan langkah yang diambil untuk meringankan beban mereka yang terjejas dan selari dengan inisiatif yang diumumkan Kerajaan.

“Memahami kepayahan mereka yang terjejas seperti kehilangan tempat tinggal, kerosakan harta benda, serta keadaan rumah yang dipenuhi lumpur, PR1MA akan menyalurkan bantuan tambahan seperti waterjet untuk membersihkan kawasan rumah yang terjejas, kelengkapan pembersihan diri, bantal, tilam dan selimut serta bakul makanan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Fathul berkata, bantuan-bantuan tersebut akan disumbangkan kepada mangsa banjir negeri-negeri yang terjejas dengan bencana alam itu.

Advertisements

Beliau berkata, sebelum ini PR1MA telah menggerakkan lebih 100 kakitangan di Hulu Langat dan Taman Sri Muda, Shah Alam bagi kerja-kerja pembersihan kediaman mangsa banjir.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Mohd Nazri Md.Shariff berkata, PR1MA akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan koordinasi dan gerak kerja yang teratur bagi kerja-kerja pembahagian barangan sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

“Tidak lupa juga kepada pembeli kita yang terjejas, kami di PR1MA akan berhubung dengan mereka dan berharap dapat membantu sedaya mungkin,” katanya.

Beliau berkata para pembelia rumah PR1MA yang menjadi mangsa banjir boleh mengemukakan pertanyaan lanjut menerusi talian 03-76289898 atau e-mel [email protected] setiap hari mulai 9 pagi hingga 6 petang, kecuali cuti umum di Selangor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan