25.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Agong santuni mangsa banjir di PPS CIAST

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) dekat Seksyen 19, Shah Alam, pagi tadi.

Baginda meluangkan hampir 30 minit sambil menghulurkan bantuan berbentuk barang keperluan harian dan wang tunai.

Seri Paduka Baginda yang berpakaian celoreng askar tiba di dewan utama PSS CIAST kira-kira jam 9.50 pagi tadi dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda.

Baginda terlebih dahulu memulakan lawatan dengan mendengar taklimat situasi banjir semasa di Klang dan Sri Muda.

Taklimat kira-kira 20 minit itu disampaikan Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Mohd Faizal Abdul Raji.

Mengiring ketibaan Al-Sultan Abdullah adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Ketika menyantuni mangsa banjir PPS CIAST, Al-Sultan Abdullah sempat mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada mangsa banjir yang menyambut perayaan itu dan turut memberi pesana agar mangsa banjir menjaga diri masing-masing.

Terdapat seramai 149 mangsa banjir Taman Sri Muda ditempatkan di dewan utama PPS CIAST merangkumi 39 keluarga.-Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan