24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Rogol kambing betina: Warga emas mengaku tidak bersalah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga emas yang tergamak menjadikan seekor kambing betina tempat melempiaskan nafsu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap kambing tersebut.

Memetik laporan Kosmo Online, tertuduh Shaari Hasan, 60, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Mengikut pertuduhan, Shaari didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan iaitu seekor kambing betina di belakang sebuah rumah, Kampung Sungai Buaya, Rawang di sini pukul 1.30 tengah hari pada 27 Julai lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua puluh tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah manakala Shaari diwakili peguam Zolazrai Zolkapli.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Advertisements

Pada Julai lalu, media melaporkan seorang lelaki warga emas sanggup menjadikan seekor kambing betina sebagai tempat melempias nafsu dalam satu kejadian di Hulu Selangor.

Kejadian tersebut disedari seorang wanita tempatan berusia 45 tahun yang terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima satu laporan polis dari wanita terbabit pada pukul 6.24 petang di Balai Polis Serendah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Menurut polis, berdasarkan laporan, wanita berkenaan telah pergi melihat di kandangnya selepas mendengar kambingnya mengembek dan mendapati terdapat seorang lelaki yang dikenalinya berada dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing milik wanita tersebut.

Namun selepas menyedari kehadiran wanita terbabit, suspek telah melarikan diri dan hasil pemeriksaan mendapati, kambing betina yang menjadi mangsa lelaki itu telah mati.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan