25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Zahid minta pengundi jangan termakan fitnah

Nafi Sulaiman Md Ali hanya akan menjadi Ketua Menteri Melaka sementara sekiran BN menang PRU Melaka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan kononnya Datuk Seri Sulaiman Md Ali hanya akan menjadi Ketua Menteri Melaka sementara sekiranya gabungan parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO meminta pengundi agar tidak termakan dan terpengaruh dengan fitnah yang dilontarkan pihak tertentu.

“Kepada pengundi dan rakyat Melaka, jangan dengar! Jangan termakan dengan fitnah.

“Mana ada ketua menteri sementara-sementara, ini bukan cerita main-main! Ini bukan cerita ketua kampung setengah penggal,” katanya lapor Bernama.

Sulaiman dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Advertisements

Mengumumkan perkara itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata, Sulaiman dilihat sebagai pemimpin yang disenangi rakyat Melaka selain bebas daripada sebarang isu.

Pakatan Harapan (PH) pula menamakan Adly Zahari yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil manakala Perikatan Nasional (PN) sehingga kini tidak menamakan sesiapa bagi jawatan berkenaan.

Sulaiman, yang juga penyandang di kerusi DUN Lendu ditentang Mejar (B) Abdullah Mahadi daripada (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH).

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Sulaiman.

SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan