34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jumlah katil kategori 3,4,5 meningkat di Selangor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH penggunaan katil di Selangor meningkat sehingga dua peratus bagi kategori tiga, empat dan lima dalam tempoh dua minggu ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, ini berdasarkan jumlah kes baharu harian di negeri antara 1,300 hingga 1,500 kes.

Beliau berkata, situasi penggunaan jumlah katil bukan kritikal di hospital bagi pesakit Covid-19 adalah sebanyak 1,286 katil dengan kadar penggunaan sebanyak 92 peratus.

“Manakala, jumlah terkini katil ICU dan ‘repurposed’ ICU Selangor (termasuk kes Covid-19 dan bukan Covid-19) adalah sebanyak 203 katil, dengan kadar penggunaannya sebanyak 80 peratus.

“Jumlah pesakit ICU terkini yang merupakan kes Covid-19 (disahkan dan disyaki Covid-19) adalah sebanyak 86 kes atau 42 peratus daripada kapasiti ICU di negeri Selangor dan selebihnya merupakan kes bukan Covid-19,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, setakat ini hanya Hospital Sungai Buloh melaksanakan statusnya sebagai hospital ‘full Covid-19’ manakala hospital hybrid terdiri Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Hospital Selayang, Hospital Serdang dan Hospital Ampang. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan