30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Polis siasat kes ‘posting’ kertas undi dalam laman sosial

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Melaka sedang menyiasat satu paparan dalam laman sosial mengenai tindakan memuat naik kertas undi dipercayai ketika proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata tindakan pihak terbabit dikesan oleh pasukan pemantau media sosial sebelum tindakan susulan diambil.

Menurutnya, pasukan pemantau media sosial mengesan terdapat satu posting (hantaran) yang mengambil gambar kertas undi dan perkara itu menjadi satu kesalahan.

“Setakat ini, laporan sedang dibuat dan kejadian didakwa di kawasan Bukit Katil, kira-kira jam 9.30 pagi tadi,” katanya ketika hadir membuat lawatan di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas, Melaka, hari ini.

Abdul Majid berkata, proses mengundi berjalan lancar tanpa ada sebarang provokasi daripada mana-mana pihak dan perkara itu menunjukkan kematangan semua pihak.

“Calon, parti politik dan pengundi sudah matang. Kita tengok proses yang paling baik, malah koordinasi antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memang terbaik.

“Ketiadaan barong panas yang didirikan oleh parti politik menjadikan keadaan lebih aman,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata, tindakan pantas pihak polis juga dapat menyekat kumpulan motosikal dan kereta daripada berarak malam tadi.

“Walaupun ada kumpulan motosikal dan kereta yang hendak berarak, tetapi berdasarkan risikan kita dapat menyekatnya dan selepas jam 12 tengah malam keadaan aman,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan