25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PH dijangka kuasai 12 kerusi, DAP pertahan 5 DUN

Kajian awal mendapati BN dijangka menang 10 kerusi manakala PN pula kuasai enam kerusi DUN

Mesti Baca

PAKATAN Harapan (PH) dijangka mampu menguasai 12 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan dilangsungkan 20 November ini.

Menurut penganalisis politik, Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad, daripada jumlah itu DAP dijangka menyapu lima hingga tujuh daripada lapan kerusi yang ditandingi.

Beliau berkata, hasil kajian memperlihatkan PH berada di hadapan berbanding dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Walau bagaimanapun, kajian ini berdasarkan peratus keluar mengundi berada di tahap 83 peratus. Sekiranya peratus keluar mengundi ini jatuh ke bawah paras 70 peratus, parti yang kerugian besar ialah PH dan DAP,” katanya hari ini.

Beliau berkata, DAP dijangka tidak berdepan masalah untuk mengekalkan kerusi Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir, Kota Laksamana dan Gadek, namun agar sukar di Duyong dan Bembang.

Di DUN Duyong berlaku persaingat enam penjuru manakala Bemban pula melibatkan lima penjuru.

Advertisements
SAIFUL BAHAR ARSHAD

“Ramalam awal dari kajian yang dibuat menunjukkan BN selesa dengan 10 kerusi DUN. Manakala PN kelihatan boleh memenangi enam kerusi,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful Bahar berkata, kenyataan Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang tidak menolak kemungkinan untuk membina kerajaan Melaka yang baharu dengan mana-mana parti politi boleh mengundang pelbagai spekuliasi.

Beliau berkata, spekulasi paling kuat ialah ada kemungkinan Timbalan Presiden UMNO itu sudah dapat merasakan bahawa sehingga hari ini parti itu berkemungkinan besar tidak akan dapat mempertahankan kesemua 13 kerusi yang disandang.

“Apa pun, masih ada berbaki lapan hari lagi waktu berkempen. Macam-macam boleh terjadi,” katanya.

Untuk rekod, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, BN memenangi 13 kerusi sementara PH yang turut disertai Bersatu menguasai 15 kerusi manakala Pas yang bergerak solo gagal meraih sebarang kerusi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan