26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pemilik suara asal Nobita, meninggal dunia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMILIK suara asal bagi karakter Nobita dalam siri animasi popular, Doraemon iaitu Yoshiko Ota menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan jantung berfungsi pada usia 89 tahun.

Portal NHK melaporkan Yoshiko Ota atau nama sebenarnya, Yoshiko Saka dilaporkan meninggal dunia pada 29 Oktober lalu di Hospital Kanagawa, Jepun, namun, berita kematiannya hanya diumumkan oleh The Theater Echo Theater Company pada 8 November lalu.

Ota adalah pengisi suara pertama Nobita pada 1973. Selain animasi Doraomen, Ota juga meminjamkan suara emasnya untuk watak ikonik animasi lain termasuk watak Leo untuk Jungle Emperor Leo pada 1966, Atsuko Kagami dalam Himitsu No Akko-chan Anime (1969) dan Baby Panda untuk Panda! Go, Panda! (1972).

Dilahirkan pada 25 April 1932 di Hyogo, Ota mula menceburkan diri dalam dunia animasi sebagai pengisi suara pada 1947 di bawah pengurusan, Takarazuka Revue.

Beliau bertemu seorang lagi pengisi suara, Osamu Saka sebelum mendirikan rumah tangga dengannya.

Pada 1964, Ota dan Saka mengambil keputusan berpindah ke Tokyo dan menyertai Theater Echo Group di pentas panggung, televisyen dan sebagai pengisi suara.

Sekitar 2016, Ota menjadi penerima Anugerah Sepanjang Hayat di Tokyo Anime Award Festival terhadap sumbangannya dalam dunia animasi. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan