24.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 4, 2023

Lebih 2 juta individu sudah menerima dos penggalak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Booster atau dos penggalak mencatatkan lebih 2 juta individu telah menerima dos berkenaan di seluruh negara, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 102,436 dos penggalak diberikan untuk semalam sahaja menjadikan jumlah keseluruhan individu yang menerima dos berkenaan sebanyak 2,059,277.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini memaklumkan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, CoronaVac keluaran Sinovac/Pharmaniaga Lifescience dan AstraZeneca sudah diluluskan untuk digunakan sebagai dos penggalak.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kelulusan itu dilakukan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) maka lanjutan daripada itu, pihak Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) di bawah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) telah mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada beberapa kategori penerima.

Antaranya, semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas dengan keutamaan janji temu diberikan mengikut turutan umur; petugas barisan hadapan; individu dengan komorbiditi; wanita hamil dan keperluan ke luar negara.

Sementara itu, seramai 2,615,923 atau 83.1 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sebanyak 2,766,649 individu atau 87.9 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca juga:   Kes aktif turun, kematian lepasi 27,000

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,455,762 individu atau 95.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 22,957,009 atau 98 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 113,741 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,929 dos pertama dan 6,376 dos lengkap.

Baca juga:   Individu berisiko, barisan hadapan disaran dos penggalak kedua

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,666,489.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan