31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Enam lelaki ditahan pamer aksi di lebuh raya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TUNJUK aksi tak kena tempat membawa padah apabila enam lelaki ditangkap dalam Op Samseng Jalanan Skuad 42 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di dua operasi berasingan di Lebuhraya Utara Selatan antara Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuh raya Seremban-Port Dickson (SPDH).

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkata, pada 25 November lalu, Skuad 42 JSPT Bukit Aman dengan kekuatan dua pegawai dan 17 anggota telah menjalankan Op Samseng Jalanan di kilometer (km) 305 hingga km 308 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban (PLUS).

Menurutnya, hasil operasi telah berjaya menahan dua penunggang motosikal yang telah melakukan aksi bersaing sesama sendiri dan juga zig-zag.

“Seterusnya, pada awal pagi ini, skuad ini telah berjaya menahan empat penunggang motosikal yang telah melakukan aksi bersaing sesama sendiri, beraksi superman dan zig-zag sehingga membahayakan diri serta pengguna jalanraya yang lain di km 263 hingga km 266 Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban (PLUS) dan di Lebuh raya Seremban-Port Dickson (SPDH).

“Kesemua mereka ditahan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta motosikal disita dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Serdang dan Seremban untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Menurut hantaran berkenaan, walaupun pelbagai kempen dan nasihat kepada kumpulan bermotosikal agar tidak menjadikan jalan awam dan lebuh raya sebagai medan perlumbaan, namun ianya seperti mencurah air di daun keladi.

“Demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain terjamin, maka Skuad 42 JSPT Bukit Aman dengan kekuatan dua pegawai dan 17 anggota telah menjalankan OP Samseng Jalanan pada 25 November dan awal pagi ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan