27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Aksi bawa padah, empat samseng jalanan ditangkap polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT lelaki yang mempamerkan aksi berbahaya di jalan raya merupakan antara 18 individu yang ditangkap polis dalam satu Operasi Samseng Jalanan/Op Motosikal/Op Pelbagai Kesalahan pada hujung minggu di sekitar Kuala Lumpur dari 5 November hingga hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Zulkafli Chek Lah berkata, tangkapan berkenaan susulan operasi di Lebuhraya DUKE, di mana kesemuanya dikesan melakukan aksi zig-zag, roket, superman serta bersaing sesama sendiri.

Menurutnya, kesemua tangkapan berumur lingkungan 19 hingga 21 tahun telah di bawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) 1987 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Dalam operasi di Jalan walter Granier pada 5 November lalu pula, polis telah menahan dan menangkap seorang lelaki berusia 23 tahun yang sedang memandu kereta jenis Bentley berwarna hitam dan 6 November lalu pula, seorang lelaki berumur 21 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditangkap.

“Kedua-duanya ditangkap di bawah Seksyen 29(1) AKK 1955 dan akan dituduh di bawah Seksyen 108 (1) APJ 1987 kerana mempamerkan cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Zulkafli berkata, dalam operasi pelbagai pula, polis telah menahan 12 orang lelaki berumur lingkungan 22 tahun hingga 54 tahun di bawah Seksyen 45 (A) APJ 1987 kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

Advertisements

Menurutnya, secara keseluruhannya sebanyak 371 jumlah saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dan 10 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Motosikal yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak JPJ serta diarahkan mengubah ke struktur asal.

“JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

16 syarikat, 200 peluang pekerjaan dalam Career Connect@PUO

SEBANYAK 16 syarikat pelbagai industri dengan tawaran lebih 200 peluang pekerjaan dan penempatan latihan indusri menyertai Career Connect @...

Lagi Artikel Berkaitan