25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025

JSPT Bukit Aman turun Melaka gempur samseng jalanan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BUKAN hanya kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sahaja yang di dalam radar serta pemerhatian pasukan polis, bahkan, aksi samseng jalanan di sekitar negeri berkenaan turut tidak terkecuali digempur polis.

Sehubungan itu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah mengerahkan pasukan Skuad 42 bagi memantau seterusnya menjalankan operasi bagi mencegah aktiviti samseng jalanan yang melibatkan kumpulan bermotosikal.

“Kegiatan berkenaan sering mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

“Bermula pukul 4 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi dengan kekuatan seorang pegawai dan 16 anggota telah menggempur lokasi di Pulau Sebang dan Pantai Pengkalan Balak,” kata jabatan itu menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Katanya, dalam operasi tersebut, seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya berjaya ditahan, manakala 12 buah motosikal disita kerana kesalahan pengubahsuaian, tidak memiliki lesen memandu B2 dan lain-lain kesalah.

Semua kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan Seksyen 64 APJ manakala mereka yang terbabit dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah untuk tindakan selanjutnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Anwar adakan lawatan rasmi ke UAE, tiga negara Eropah 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW). Perdana...

Lagi Artikel Berkaitan