Wednesday, July 22, 2026

Sesi persekolahan tahun depan bermula 21 Mac – Radzi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menetapkan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 sehingga 11 dan 12 Mac 2023.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bagi negeri dalam Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu ia akan berlangsung sehingga 11 Mac 2023.

Kalender Akedemi Sesi 2022/2023 bagi Negeri Kumpulan A membabitkan Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. – Kredit: KPM

Menurutnya, bagi Negeri Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sehingga 12 Mac 2023.

Kalender Akedemi Sesi 2022/2023 bagi Negeri Kumpulan B membabitkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kredit: KPM

“Bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022, ia akan bermula pada 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi Negeri Kumpulan A.

“Bagi negeri Kumpulan B pula akan bermula pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Radzi Jidin berkata, maklumat mengenai sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan