30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Komitednya JSPT, kejadian 2018 pun boleh siasat lagi

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

PENULIS begitu kagum dengan kegigihan dan komitmen Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesan ibu bapa seorang kanak-kanak perempuan yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Bayangkanlah kejadian itu berlaku tahun 2018 dan kanak-kanak itu pun sudah berusia remaja, namun pihak JSPT tidak mempedulikannya tetap menjalankan siasatan dan mengenakan kompaun kepada si bapa.

Lebih kagum apabila pihak JSPT ‘rajin’ menyelongkar rakaman-rakaman yang dipapar dalam media sosial, menggunakan klip video tersebut sebagai bukti untuk mengenakan tindakan, walaupun kes sudah berlaku beberapa tahun lepas.

Penulis tidak pasti sama ada ini adalah prosedur operasi standard (SOP) JSPT yang tetap menjalankan siasatan walaupun kes-kes trafik (bukan kes jenayah) tersebut sudah lama berlaku.

Bukan apa, begitu banyak kes-kes trafik lain yang berlaku setiap hari, namun pihak berkuasa berkenaan masih punya waktu dan anggota untuk menjalankan siasatan terhadap kes-kes lama.

Menurut laporan media, pihak JSPT mengambil tindakan terhadap si bapa setelah rakaman video yang dimuat naik dalam sebuah laman media sosial berkaitan motosikal.

Didapati berlaku beberapa kesalahan trafik iaitu menunggang motosikal tanpa memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan tiada cermin sisi.

Advertisements

Kanak-kanak itu juga menunggang motosikal milik pelanggan bapanya, seorang pengusaha bengkel, di hadapan rumahnya di Sijangkang, Selangor, bukan di jalan raya utama apatah lagi di lebuh raya.

Begitulah komitednya anggota polis kita menjalankan tugas mereka sehinggakan kes-kes lama pun mereka sedia membongkarnya dan mengambil tindakan.

Justeru, penulis juga berharap pihak JSPT terus menjalankan tugas dengan lebih komited terutama mengambil tindakan lebih tegas terhadap sesiapa sahaja, tanpa memilih pangkat dan kedudukan soal kesalahan trafik.

Mereka jangan hanya rajin memburu pesalah trafik menerusi rakaman video yang tersebar menerusi media sosial sahaja, yang sebahagiannya adalah kejadian lama berlaku, sedangkan kes-kes di depan mata buat-buat tak nampak.

Kepada mereka yang sedar melakukan kesalahan trafik ini, janganlah memandai rakam dan muatkan dalam media sosial. Silap-silap beberapa tahun lagi kena ‘angkut’ atau terima surat saman.

Jangan main-main ya!

Lastik! – Tak tahu tunggang motor

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan