25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PRN Sarawak 18 Disember, babitkan kos RM 150 juta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 akan diadakan pada 18 Disember ini dengan anggaran peruntukan sebanyak RM150 juta.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, sehubungan itu hari penamaan calon adalah pada 6 Disember.

Menurutnya, hari mengundi awal pula ditetapkan pada 14 Disember.

“SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini dan memutuskan satu Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-12 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 82 kerusi DUN tersebut berikutan berlakunya pembubaran DUN Sarawak Ke-11 pada 3 November lalu.

“Tempoh berkempen ditetapkan 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Disember 2021 (Isnin) sehingga pukul 11.59 malam, 17 Disember 2021 (Jumaat),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Abdul Ghani berkata, bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, permohonan undi pos untuk pengundi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan), telah dibuka bermula 8 November 2021 sehingga 24 November 2021.

Menurutnya, untuk kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media) pula dibuka bermula 24 November 2021 sehingga 3 Disember 2021.

“Permohonan undi pos untuk kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) dilaksanakan secara dalam talian (online) berbanding secara manual sebelum ini.

Advertisements

“Permohonan untuk mengundi secara pos ini boleh dilakukan melalui MySPR Daftar di pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my. Pemohon dinasihatkan agar memohon lebih awal apabila tarikh permohonan dibuka bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan,” katanya.

Menurut beliau, seramai 82 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu oleh 249 orang Penolong Pegawai Pengurus telah dilantik sempena PRN Sarawak ke-12.

“Manakala, bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR menubuhkan 155 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

“Sebanyak 82 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan 82 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan.

Sementara itu, menurut beliau, seramai 46,565 orang akan dilantik bagi mengendalikan PRN Sarawak ke-12 dan sebanyak 1,866 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 tempat mengundi dan 85 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 111 tempat mengundi awal akan digunakan.

“Keseluruhannya pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 buah dengan 3,666 tempat mengundi. Semua 346 buah pusat mengundi biasa pada hari mengundi akan di buka dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang. Manakala, bakinya 1,520 akan dibuka mengikut waktu yang telah diwartakan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan