26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kes COVID-19 mungkin melonjak walaupun beralih fasa endemik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES penularan jangkitan harian Covid-19 mungkin melonjak tinggi walaupun negara telah beralih kepada fasa endemik tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, bagi menghadapi situasi tersebut, Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses membuat beberapa persediaan bagi memastikan bilangan kes yang memerlukan kemasukan ke hospital dan kematian disebabkan Covid-19 lebih terkawal.

“Bagi pemantauan mudah dilakukan oleh masyarakat, tiga indikator telah ditetapkan iaitu kadar transmisi Covid-19 membabitkan penularan dalam komuniti yang diukur menggunakan kadar insiden purata tujuh hari kes serta kadar insiden kurang daripada 3.6 per 100,000 penduduk.

“Kementerian juga meneliti pengendalian kes mengikut tahap keterukan kes Covid-19 yang diukur menggunakan kadar kematian purata tujuh hari dengan nilai 0.8 peratus dan kurang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, lapor Kosmo Online.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Kelvin Yi Lee Wuen (Bandar Kuching- PH) yang ingin tahu mengenai transisi daripada pendekatan pandemik ke endemik dan parameter digunakan bagi menilai kesediaan kerajaan untuk transisi secara selamat dan lestari.

Tambah Dr. Noor Azmi, bagi indikator ketiga adalah melihat kapasiti hospital untuk respon iaitu kadar kemasukan ke hospital purata tujuh hari pesakit kategori tiga, empat dan lima kurang daripada seorang per 100,000 penduduk sehari. -Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan