29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Individu lengkap vaksin boleh rentas dua negara melalui VTL

Buat masa sekarang Vaccinated Travel Lane (VTL) hanya dibuka bagi perjalanan menerusi udara antara Lapangan Terbang Changi dan KLIA

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menyambung semula perjalanan rentas sempadan antara dua negara melalui pelancaran Vaccinated Travel Lane (VTL) di antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 29 November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persetujuan berkenaan dibuat menerusi panggilan telefon di antara beliau dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang mana kedua-dua pemimpin negara itu menyedari kekangan pergerakan yang dihadapi oleh rakyat kedua-dua negara.

“Kami bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk menyambung semula perjalanan rentas sempadan memandangkan kemajuan ketara telah dicapai oleh Malaysia dan Singapura dalam pemberian vaksin dan pengurusan pandemik COVID-19 secara amnya.

“Dengan itu, Malaysia dan Singapura akan melancarkan Vaccinated Travel Lane (VTL) di antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mulai 29 November 2021,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Ismail Sabri berkata, di bawah VTL, pelancong yang divaksin sepenuhnya akan dapat melakukan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, dan tertakluk kepada ujian COVID-19 sebagai ganti kepada menjalani kuarantin.

Advertisements

Menurutnya, mereka juga berbincang mengenai pembukaan semula laluan perjalanan merentasi darat di antara kedua-dua negara dalam masa terdekat.

“Ini termasuk perjalanan merentasi Tambak Johor dan Link Kedua. Bagi saya, VTL adalah satu lagi kejayaan penting dalam kerjasama Malaysia-Singapura yang telah lama terjalin.

“Saya yakin, inisiatif ini dapat mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi kita sambil memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terpelihara daripada COVID-19,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan