30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Aplikasi MySejahtera akan ditambah baik, diperkukuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

APLIKASI MySejahtera akan ditambah baik dan diperkukuhkan susulan beberapa aduan berkenaan masalah melibatkan aplikasi itu sebelum ini.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, antara aduan diterima termasuk janji temu suntikan vaksin dos penggalak yang ditetapkan di klinik-klinik yang tidak beroperasi semasa hujung minggu.

“Di kementerian, pihak MySejahtera sedang memperkukuh dan membaiki serta menambah baik lagi aplikasi ini. Kadang-kadang apa yang berlaku ini contohnya pihak klinik, janji temu sudah dibuat namun mereka yang tutup klinik.

Advertisements

“Ada beribu klinik, pihak MySejahtera tidak mampu untuk menghubungi semua klinik-klinik terlibat. Saya juga berharap agar pihak klinik memaklumkan tentang penutupan itu kepada pihak yang terlibat,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini, lapor Kosmo Online.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dari Cha Kee Chin (Rasah-PH) yang membangkitkan tentang isu masalah yang dihadapi oleh rakyat berkaitan janji temu di MySejahtera.

Tambah Noor Azmi, pihak kementerian turut akui tentang masalah ini dan akan memperbaiki segera kekurangan yang telah berlaku ketika ini.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan