25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

112 calon bersaing merebut 28 kerusi DUN Melaka

Mesti Baca

SEBANYAK 112 calon mewakili lima parti politik dan calon-calon bebas bersaing merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dalam pilihan raya negeri (PRN), 20 November ini.

Setelah selesai proses penamaan calon yang berlangsung hari ini, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing bertanding di kesemua 28 kerusi.

Manakala lima calon dari Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) dan seorang calon Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) bersama 22 calon bebas turut bersaing.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak tiga DUN menyaksikan pertembungan enam penjuru.

“Manakala lima penjuru sebanyak lima DUN, empat penjuru (sembilan) dan tiga penjuru sebanyak 11 DUN.

“Berdasarkan jantina pula, seramai 96 calon terdiri daripada kaum lelaki manakala 16 lagi adalah wanita,” katanya dalam sidang media di Melaka hari ini.

Sementara itu, Datuk Kalsom Nordin, 68, yang bertanding di Pengkalan Batu menjadi calon tertua manakala Farzana Hayani Nasir, 21, (DUN Sungai Rambai) pula menjadi calon paling muda.

Berikut senarai calon PRN Melaka setelah selesai proses penamaan calon:

N01: Kuala Linggi

  1. Rosli Abdullah (BN/UMNO)
  2. Aziah Mohd Sa’ad (PN/Pas)
  3. Julasapiyah Kassim (PH/Amanah)
  4. Datuk Kamisan Palil (Bebas)
    Penyandang: Ismail Othman (BN)

N02: Tanjung Bidara

  1. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (BN/UMNO)
  2. Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN/Bersatu)
  3. Zainal Hassan (PH/PKR)
    Penyandang: Rawi Mahmud (BN)

N03: Ayer Limau

  1. Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN/UMNO)
  2. Dr Nordina Abd Latif (PN/Bersatu)
  3. Maznah Baharuddin (PH/Amanah)
    Penyandang: Amirudin Yusof (BN)

N04: Lendu

  1. Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN/UMNO)
  2. Mejar (B) Abdullah Mahadi (PN/Bersatu)
  3. Mohamad Asri Ibrahim (PH/PKR)
    Penyandang: Sulaiman Md Ali (BN)
Sulaiman Md Ali (kiri) dicabar Abdullah Mahadi (tengah) dan Mohd Asri Ibrahim.

N05: Taboh Naning

  1. Zulkiflee Datuk Seri Mohd Zain (BN/UMNO)
  2. Abu Hashim Abdul Samad (PN/Pas)
  3. Zairi Suboh (PH/Amanah)
    Penyandang: Latipah Omar (BN)

N06: Rembia

  1. Datuk Muhamad Jailani Khamis (BN/UMNO)
  2. Zamzuri Ariffin (PN/Bersatu)
  3. Zamri Pakiri (PH/PKR)
  4. Sabarudin Kudus (Bebas)
  5. K. Murali (Bebas)
    Penyandang: Muhamad Jailani Khamis (PH)

N07: Gadek

  1. P. Shanmugam (BN/MIC)
  2. Mohd Amir Fitri Muharam (PN/Bersatu)
  3. G. Saminathan (PH/DAP)
  4. Laila Norinda Maon (PUTRA)
  5. Mohan Singh (Bebas)
  6. Azafen Amin (Bebas)
    Penyandang: G. Saminathan (PH)

N08: Machap Jaya

  1. Ngwe Hee Sem (BN/MCA)
  2. Tai Siong Jiul (PN/Bersatu)
  3. Law Bing Haw (PH/PKR)
  4. Abdul Azuz Osani Kasim (IMAN)
  5. Azkab Daud (Bebas)
    Penyandang: Ginie Lim (PH)

N09: Durian Tunggal

  1. Zahari Abd Kalil (BN/UMNO)
  2. Ja’afar Othman (PN/Pas)
  3. Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab (PH/Amanah)
  4. Mohd Erfan Mahrilar (Bebas)
    Penyandang: Mohd Sofi Abdul Wahab (PH)

N10: Asahan

Advertisements
  1. Fairul Nizam Roslan (BN/UMNO)
  2. Dhanesh Basil (PN/Gerakan)
  3. Datuk Seri Idris Haron (PH/PKR)
  4. Mohd Akhir Ayob (Bebas)
  5. Azmar Ab Hamid @ Sha’aim (Bebas)
  6. Mohd Noor Salleh (Bebas)
    Penyandang: Abdul Ghafar Atan (BN)

N11: Sungai Udang

  1. Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (BN/UMNO)
  2. Dr Mohd Aleef Yusof (PN/Bersatu)
  3. Hasmorni Tamby (PH/PKR)
  4. Mohd Zahar Hashim (Bebas)
    Penyandang: Datuk Seri Idris Haron (BN)

N12: Pantai Kundor

  1. Tuminah Kadi (BN/UMNO)
  2. Tan Sri Mohd Ridzwan Mustafa (PN/Bersatu)
  3. Datuk Nor Azman Hassan (PH/Amanah)
    Penyandang: Datuk Nor Azman Hassan (BN)

N13: Paya Rumput

  1. Datuk Rais Yasin (BN/UMNO)
  2. Muhamad Faris Izwan Mazlan (PN/Bersatu)
  3. Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin (PH/PKR)
  4. Mohamad Hashidi Mohd Hashim (PUTRA)
  5. Mejar (B) Mohd Jaini Dimon (Bebas)
    Penyandang: Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen (PH)

N14: Kelebang

  1. Datuk Lim Ban Hong (BN/MCA)
  2. Bakri Jamaluddin (PN/Pas)
  3. Gue Teck (PH/PKR)
    Penyandang: Gue Teck (PH)

N15: Pengkalan Batu

  1. Datuk Kalsom Noordin (BN/UMNO)
  2. Mohd Azrudin Md Idris (PN/Bersatu)
  3. Muhamad Danish Zainudin (PH/DAP)
  4. Mohd Aluwi Sari (PUTRA)
  5. Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas)
    Penyandang: Norhizam Hassan Baktee (PH)

N16: Ayer Keroh

  1. Yong Fun Juan (BN/MCA)
  2. Datuk Seri Michael Gan Peng Lam (PN/Gerakan)
  3. Kerk Chee Yee (PH/DAP)
    Penyandang: Kerk Chee Yee (PH)

N17: Bukit Katil

  1. Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin (BN/UMNO)
  2. Muhammad Alhafiz Yahya (PN/Pas)
  3. Datuk Seri Adly Zahari (PH/Amanah)
  4. Abdul Hamid Mustapah (Bebas)
    Penyandang: Datuk Seri Adly Zahari (PH)

N18: Ayer Molek

  1. Datuk Rahmad Mariman (BN/UMNO)
  2. Mohd Fadly Samin (PN/Bersatu)
  3. Mohd Rafee Ibrahim (PH/PKR)
  4. Ahmad Muaz Idris (Bebas)
    Penyandang: Datuk Rahmad Mariman (BN)

N19: Kesidang

  1. Leong Hui Yin (BN/MCA)
  2. Patrick Ng Chin Kae (PN/Gerakan)
  3. Allex Seah (PH/DAP)
    Penyandang: Allex Seah (PH)

N20: Kota Laksamana

  1. Benjamin Low Chin Hong (BN/MCA)
  2. Fong Khai Ling (PN/Gerakan)
  3. Low Chee Leong (PH/DAP)
    Penyandang: Low Chee Leong (PH)

N21: Duyong

  1. Mohd Noor Helmy Abdul Halem (BN/UMNO)
  2. Datuk Kamarudin Sedik (PN/Pas)
  3. Damian Yeo (PH/DAP)
  4. Mohd Faizal Amzah (PUTRA)
  5. Gan Tian Soh (Bebas)
  6. Muhamad Hafiz Ishak (Bebas)
    Penyandang: Damian Yeo (PH)

N22: Bandar Hilir

  1. Lee Kah Sean (BN/MCA)
  2. Clarice Chan Ming Wang (PN/Gerakan)
  3. Leng Chau Yen (PH/DAP)
  4. Mak Chee Kin (Bebas)
    Penyandang: Tey Kok Kiew (PH)

N23: Telok Mas

  1. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN/UMNO)
  2. Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen (PN/Bersatu)
  3. Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (PH/Amanah)
  4. Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas)
    Penyandang: Datuk Noor Efendi Ahmad (PH)

N24: Bemban

  1. Datuk Koh Chin Han (BN/MCA)
  2. Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN/Bersatu)
  3. Tey Kok Kiew (PH/DAP)
  4. Azmi Kamis (Bebas)
  5. Ng Choon Koon (Bebas)
    Penyandang: Wong Fort Pin (PH)

N25: Rim

  1. Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN/UMNO)
  2. Azalina Abdul Rahman (PN/Bersatu)
  3. K.B. Prasanth (PH/PKR)
    Penyandang: Datuk Wira Ghazale Muhamad (BN)

N26: Serkam

  1. Datuk Zaidi Attan (BN/UMNO)
  2. Ahmad Bilal Rahaudin (PN/Pas)
  3. Mohd Khomeini Kamal (PH/Amanah)
  4. Datuk Norazlanshah Hazali (Bebas)
    Penyandang: Datuk Zaidi Attan (BN)

N27: Merlimau

  1. Dr Muhamad Akmal Saleh (BN/UMNO)
  2. Abd Alim Shapie (PN/Pas)
  3. Azrin Abd Majid (PH/Amanah)
    Penyandang: Datuk Roslan Ahmad (BN)

N28: Sungai Rambai

  1. Siti Faizah Abdul Azis (BN/UMNO)
  2. Muhammad Jefri Safry (PN/Bersatu)
  3. Farzana Hayani Mohd Nasir (PH/PKR)
  4. Nazatul Asyraf Md Dom (Bebas)
    Penyandang: Datuk Wira Hasan Abd Rahman (BN)

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan