24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

4,543 kes baharu harian COVID-19 hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 4,543 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah pesakit Covid-19 sebanyak 2,510,852 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu tersebut sebanyak 15 kes adalah kes import, membabitkan 13 warganegara dan dua bukan warganegara.

“Sementara penularan tempatan membabitkan 4,528 kes [4,339 warganegara (95.8 peratus); 189 bukan warganegara (4.2 peratus)].

“Dalam pada itu, sebanyak 112 kes (2.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5; dan
4,431 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Berkenaan kes sembuh pula, katanya, sebanyak 7,348 kes direkodkan menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 2,419,743 kes atau 96.37 peratus.

Advertisements

Ujar beliau, terdapat 534 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) (529 kes disahkan COVID-19 ; 5 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Manakala, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 263 kes (205 kes disahkan COVID-19 ; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Jelas beliau lagi, terdapat 6 kluster baharu direkodkan menjadikan kluster aktif kini mencecah 314 kluster. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan