Thursday, June 4, 2026

Gempa bumi di Seram, tiada ancaman tsunami dikeluarkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GEMPA bumi sederhana bermagnitud 5.7 pada skala richer menggegarkan sekitar Seram, Maluku Tengah, Indonesia pada pukul 10.42 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi yang berlaku terletak 3.0 darjah Selatan dan 129.1 darjah Timur dengan catatan kedalaman 10 Kilometer (km).

“Kejadian berlaku pada jarak 159 km Timur Laut dari Ambon, Indonesia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan gegaran yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Sementara itu, memetik laporan Detiknews, berdasarkan pemodelan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gempa dirasakan kuat di Desa Sawai, Pulau Seram, Maluku Tengah, Maluku.

Di Desa Sawai gempa dirasakan dalam skala V MMI (Modified Mercalli Intensity).

Skala V MMI membawa maksud getaran dirasakan penduduk, barang-barang terpelanting, tiang-tiang dan barang besar bergoyang.

BMKG meminta masyarakat waspada gempa susulan.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan