24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 22, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Majlis akad nikah dibenarkan di hotel, dewan bermula esok

Bagaimanapun majlis akad nikah di rumah dan kediaman persendirian masih tidak dibenarkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERITA baik untuk bakal pengantin apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan dilaksanakan di premis sewaan termasuk hotel, dewan, butik pengantin dan tempat khas bermula esok.

Berbanding sebelum ini, majlis akad nikah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hanya dibenarkan di pejabat Jawi dan masjid-masjid.

Bagaimanapun, Jawi masih tidak membenarkan majlis akad nikah dilakukan di rumah dan kediaman persendirian.

Jawi berkata, ketetapan baharu itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, berdasarkan garis panduan terbaharu itu, kehadiran maksimum majlis akad nikah di pejabat Jawi ditetapkan seramai 10 orang termasuk jurunikah dan dua orang saksi.

“Ia termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, ibu pengantin perempuan, kedua ibu bapa pengantin lelaki, jurunikah, dua orang saksi (pihak jawi atau masjid) dan seorang jurugambar.

“Bagi kehadiran di masjid pula, jumlah kehadiran maksimum dibenarkan adalah seramai 20 orang dan tertakluk keluasan ruang serta mengamalkan penjarakan 1 meter,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, JAWI berkata, kehadiran hadirin ke premis sewaan pula hendaklah tidak melebihi 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Baca juga:   Akad nikah di Pulau Pinang dibenarkan di premis persendirian

Katanya, kehadiran majlis akad nikah pula hanya dibenarkan kepada yang telah lengkap menerima vaksin, manakala tempoh masa perjalanan keseluruhan majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 20 minit. – Edisi 9

Baca juga:   Akad nikah di Pulau Pinang dibenarkan di premis persendirian
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Institusi TVET KPLB digesa perhebat kerjasama dengan industri – Mahdzir

INSTITUSI Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) perlu meningkatkan lagi kerjasama dengan...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>