31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Larangan minuman beralkohol boleh dikuatkuasakan PBT

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LARANGAN penjualan minuman beralkohol kepada umat Islam di negara ini boleh dikuatkuasakan atas kebijaksanaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ahli majlis di setiap negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, ini kerana PBT mempunyai satu bidang kuasa untuk mengenakan peraturan itu dalam kalangan umat Islam di kawasan masing-masing.

“Sebelum ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga mengenakan peraturan memperketatkan penjualan minuman keras terutama kepada umat Islam.

“Terpulang kepada PBT dan ahli majlis, dan kita harap peraturan itu merupakan satu permulaan bagi melarang penjualan arak secara terbuka kepada umat Islam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Musa’adah Banjir di Dewan Orang Ramai Sungai Kerang, Bukit Gantang hari ini, lapor Bernama.

Dalam program itu, seramai 127 orang menerima bantuan membabitkan 79 penerima di Terong dan 48 penerima di Sungai Kerang.

Idris berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama, Mohd Akmal Kamarudin dan Majlis Daerah Selama (MDS) Perak, yang tidak membenarkan penjualan arak secara runcit bermula tahun depan.

Idris berkata, ia turut boleh dilihat dengan beberapa negeri seperti Kelantan dan Terengganu yang telah lama menguatkuasakan larangan penjualan arak kepada umat Islam.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai penukaran nama jenama arak Timah, beliau berkata, bidang kuasa itu terletak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), untuk melakukan pemantauan.

“KPDNHEP yang akan putuskan penukaran jenama itu dan akan menguruskannya yang mana ia di bawah kendalian mereka,” katanya.

Sebelum ini, isu arak mengguna pakai jenama ‘Timah’ menimbulkan kontroversi kerana didakwa tidak menjaga sensitiviti masyarakat Islam di negara ini, sejak dilancarkan pada awal bulan lepas. – Edisi 9


Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan