26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Di ambang kejayaan, walaupun belum menang – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA di ambang kejayaan dalam menangani COVID-19 walaupun belum diisytiharkan menang ke atas pandemik itu.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau menyeru rakyat di negara ini agar terus mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Saya tahu rakyat sudah rasa gelisah tidak mahu pakai pelitup muka, malah penggunaan katil untuk pesakit COVID-19 ketika ini juga menurun kepada 40 peratus.

“Oleh itu, jika kita terus patuh SOP, sama-sama berjuang melawan COVID-19 dan menghargai jasa petugas barisan hadapan, kita boleh menang,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3), Penambang, Kota Bharu dan Klinik Kesihatan (Jenis 7) dengan Kuaters Bahagia, Kuala Krai di Klinik Kesihatan Penambang, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Khairy berkata, hanya dua negeri lagi masih berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu Kelantan dan Sarawak berbanding negeri lain yang telah beralih ke Fasa Empat.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa 8 November ini selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksana oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

– Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan