24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Fasiliti kesihatan primer moden, faktor penting sistem kesihatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

FASILITI kesihatan primer yang moden faktor penting dalam menjanakan sistem penjagaan kesihatan primer yang berprestasi tinggi.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapannya di Twitter selepas menghadiri perasmian Klinik Kesihatan Jenis 3 Penambang, Kota Bahru, Kelantan hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Advertisements

Mengulas lanjut, katanya, klinik yang menampung 300 hingga 500 pesakit sehari itu dilengkapi dengan klinik perubatan keluarga, klinik ibu dan anak, klinik wargasihat, klinik pesakit luar dan  penyakit berjangkit.

“Selain itu, bilik kecemasan, klinik pergigian, pendidikan dan promosi kesihatan, makmal, farmasi serta pengimejan dan diagnostis.

“Fasiliti kesihatan primer yang moden ini adalah salah satu faktor penting dalam menjanakan sistem penjagaan kesihatan primer berprestasi tinggi dan akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan negara dalam pendidikan, ekonomi mahupun keamanan dan keselamatan,”katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan