28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Cubaan seludup ubat gigi guna kontena gagal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN menyeludup ubat gigi tidak sah bernilai RM35,000 menggunakan sebuah kontena dari China gagal apabila disita pihak berkuasa di Pelabuhan Utara, Klang, semalam.

Serbuan ke atas kontena dari Pelabuhan Ningbo itu dilaksanakan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Selangor dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, operasi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada wakil sebuah jenama ubat gigi terkemuka mengenai pelanggaran cap dagang.

Katanya, kerjasama strategik kemudian segera digerakkan dengan JKDM untuk tindakan pemeriksaan secara menyeluruh.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 50 kotak mengandungi 72 ubat gigi jenama terlibat berada dalam kontena berkenaan.

“Jenama itu disyaki menyerupai dengan suatu cap dagangan berdaftar atau sah yang dimiliki oleh sebuah syarikat terkenal,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, siasatan pihaknya turut mendapati kemungkinan berlaku kesilapan ejaan melibatkan cap dagangan asal tersebut.

“Kontena berkenaan didapati dimuatkan atau membawa sejumlah barangan yang disyaki melakukan pelanggaran cap dagangan.

“Kesemua ubat gigi yang tiba di pelabuhan berkenaan pada 2 November lalu itu dianggarkan bernilai RM35,000 dan disita untuk tindakan lanjut,”katanya.-Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan