28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

8 Disember keputusan rayuan Najib kes SRC

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Rayuan menetapkan pada 8 Disember ini untuk memberikan keputusan dalam rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Tarikh itu dikeluarkan melalui kenyataan media oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.

Keputusan itu akan diberikan oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Terdahulu, media melaporkan Najib mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan RM42 juta dana SRC International.

Baca juga:   Bising tanpa beri cadangan efektif tiada guna - Najib

Hakim Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap pertuduhan CBT dan pengubahan wang haram (masing-masing tiga pertuduhan) serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun, beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas hakim itu memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Ahli Parlimen Pekan itu kini dibebaskan selepas diikat jamin sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuan.

Baca juga:   Bising tanpa beri cadangan efektif tiada guna - Najib

-EDISI9

Terkini

Projek pembangunan hampir RM900 juta di Sarawak – KPLB

HAMPIR RM900 juta dibelanjakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi Wilayah Sarawak untuk tujuan pembangunan infrastruktur asas, ekonomi dan modal...

Lagi Artikel Berkaitan