32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Jakim bangun sistem maklumat bersepadu halal RM3.4 juta

Sistem ini membolehkan rakyat Malaysia menyemak status halal produk-produk tempatan dan dari luar negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SISTEM Maklumat Bersepadu Halal kini sedang dibangunkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dijangka dapat digunakan pada tahun 2023 bagi membolehkan rakyat Malaysia menyemak status halal produk tempatan dan dari luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sistem dengan kos RM3.4 juta itu merupakan pangkalan data mengenai produk halal tempatan serta antarabangsa yang berada di Malaysia.

Menurutnya, inisiatif ini akan merangkumi enam sistem iaitu MYeHALAL (Domestik), MYeHALAL (International), Sistem Cetakan Sijil Elektronik (e-Cert Print System), Malaysia International Halal Authority Board (MyIHAB).

“Ia juga merangkumi Modul Permohonan Rumah Sembelihan Luar Negara dan Modul Pengurusan Ramuan Produk Halal Malaysia (MyHALAL Ingredients).

“Contohnya melalui MyIHAB, JAKIM dapat mengawal selia 84 badan pensijilan halal luar negara, daripada 46 buah negara yang diiktiraf oleh Jakim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan Halal Kebangsaan (Sidang Halal) 2021 yang diadakan secara dalam talian hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Jakim juga sedang membangunkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Antarabangsa) dan Modul Eksekutif Halal Antarabangsa.

“Ia sebagai langkah untuk memperkasakan sijil halal Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi Program Pengantarabangsaan Persijilan Halal Malaysia.

“Antara lain ia membolehkan pemain industri dari luar negara memohon persijilan halal Malaysia secara langsung daripada JAKIM.

“Pada masa yang sama, kerajaan juga akan memberi keutamaan untuk memperkasakan usahawan halal bumiputera melalui program bimbingan dengan melibatkan beberapa kementerian berkaitan, ”katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan