25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

COVID-19: AS paling teruk terjejas, catat kes tertinggi

Lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AMERIKA Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas teruk di dunia dengan merekodkan kes positif COVID-19 lebih 47.8 juta sejak wabak itu melanda dunia penghujung 2019.

Data yang dikeluarkan Johns Hopkins University itu turut menunjukkan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 257.9 juta termasuk lebih 500,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam lepas.

India pula berada di kedudukan kedua tertinggi dengan lebih 34.5 juta kes manakala ketiga ialah Brazil (22 juta kes).

“United Kingdom dan Rusia kini mencatat lebih 9 juta kes, manakala Turki memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.

“Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes manakala Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes,” kata data tersebut.

Bagi rantau Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta kes, Thailand 2 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 253,000 kes.

Advertisements

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.16 juta.

Berdasarkan kadar kematian pula, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 771,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 612,000 kes, India lebih 465,000 kes, Mexico lebih 292,000 kes, sementara Rusia mencatat lebih 260,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 99,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 47,000 diikuti Malaysia dengan 30,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan