28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

6,602 kes sembuh, 48 kematian – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES sembuh negara mencatatkan pertambahan dengan sejumlah 6,602  kes dilaporkan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW.

Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kes sembuh dicatatkan sebanyak 2,510,029.

Sementara, sebanyak 48 kes kematian dilaporkan dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 30,195 kes manakala, sebanyak 10 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka BID tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 6,106 kes.

Advertisements

Sementara itu, pesakit aktif berkurangan sebanyak 506 kes dilaporkan menjadikan jumlah terkini sebanyak 68,755 kes.

Ia melibatkan 52,278 kes (80.4 peratus) dikuarantin di rumah dan 7,422 kes (10.8 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC).

Sementara, 5,539 kes (8.1 peratus) di hospital, 244 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 272 (0.4 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan