25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

34 kampung di Marudi terima bekalan air bersih

Projek dengan kos RM38.5 juta mula dibina pada Mac 2019 dan siap sepenuhnya pada September 2021

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 34 buah kampung di Marudi, Miri, Sarawak mula menerima bekalan air bersih di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek dengan kos RM38.5 juta itu mula dibina pada Mac 2019 dan siap sepenuhnya pada September 2021.

“Alhamdulillah, projek bekalan air di kawasan Marudi ini berjaya disiapkan dalam tempoh 18 bulan.

“Justeru, penduduk di kawasan tersebut kini boleh menikmati bekalan air bersih dan terjamin dengan siapnya Projek BALB Marudi ini yang akan dapat membekalkan air ke kampung-kampung yang masih belum mendapat bekalan air bersih dan terawat,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pelancaran Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kawasan Marudi yang disempurnakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg.

Advertisements

Turut hadir, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah dan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau.

Mahdzir berkata, projek bekalan air tersebut akan memberi manfaat kepada 1,586 buah rumah dan 7,930 orang penduduk.

“Ia membabitkan jajaran sistem paip sepanjang 71 kilometer dari Telang Usan ke Kampung Lubok Nibong.

“Sebelum ini penduduk di kawasan tersebut menghadapi masalah bekalan air terawat dari Loji Rawatan Air sedia ada di WTP Marudi disebabkan kedudukan loji di kawasan itu rendah yang menyukarkan untuk menyalurkan air ke kawasan tinggi di sepanjang jalan dari Telang Usan ke Kampung Lubok Nibong,”katanya.

Jelas Mahdzir, skop projek BALB itu termasuk pembinaan satu unit tangki sedutan di Telang Usan berkapasiti 1.17 juta liter padu, satu unit rumah pam penggalak di Telang Usan dan satu unit kolam takungan di Anja berkapasiti 2.76 juta liter padu.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan