SEBANYAK 57.9 peratus kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan dalam tempoh enam bulan dikesan tiada sejarah vaksinasi.
Melalui data yang dikeluarkan COVIDNOW sehingga pukul 11.59 malam tadi, sebanyak 23.1 peratus kes jangkitan pula membabitkan individu yang lengkap divaksinasi.
Manakala, 19 peratus lagi ialah individu yanag belum lengkap divaksinasi iaitu hanya menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dari segi umur, individu berusia 18 hingga 59 tahun ke atas merupakan kelompok umur terbesar dikesan dijangkiti Covid-19 dalam tempoh yang sama iaitu sebanyak 68.6 peratus.
Diikuti usia baru lahir hingga 11 bulan sebanyak 15.2 peratus, 60 tahun ke atas (8.9 peratus) dan 12 hingga 17 tahun (7.3 peratus).
Dari segi jantina dalam tempoh yang sama, lelaki lebih banyak dikesan dijangkiti Covid-19 iaitu sebanyak 55.4 peratus, manakala, perempuan pula ialah sebanyak 44.6 peratus.
Secara keseluruhannya, data COVIDNOW menunjukkan, sebanyak 75.4 peratus individu bersamaan 24,625,458 individu di negara ini telah lengkap divaksin dan sekurang-kurangnya sebanyak 78.1 peratus populasi atau bersamaan 25,516,476 individu telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 50,462,307 dos suntikan juga sudah diberikan kepada penduduk dengan secara keseluruhannya sebanyak 492,054 dos penggalak telah diberikan.
-EDISI9