24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mangsa banjir bertambah di Kedah, dua lagi PPS dibuka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SUSULAN jumlah mangsa banjir semakin bertambah, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sik, Kedah, malam tadi, menempatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sik dibuka jam 10 malam dengan menempatkan dua mangsa daripada satu keluarga, manakala PPS SK Chepir dibuka jam 10.30 malam, menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga.

Ia menjadikan jumlah PPS di negeri berkenaan bertambah menjadi 12 buah menempatkan keseluruhan mangsa banjir seramai 840 orang daripada 227 keluarga di lima daerah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang dan Sik.

Menurut Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, mangsa banjir di Kedah bertambah berbanding 833 mangsa sebelum ini.

“Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa seramai 543 orang daripada 149 keluarga. PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar masih kekal menempatkan 80 mangsa daripada 23 keluarga, PPS SK Suka Menanti (33 orang daripada 12 keluarga), manakala PPS SK Darul Hikmah (114 orang daripada 31 keluarga).

Advertisements

“Selain itu, PPS SK Convent masih kekal dengan 91 mangsa daripada 24 keluarga, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent menempatkan 163 mangsa daripada 44 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata, PPS di SMK Simpang Kuala di Kota Setar pula menempatkan seramai 62 mangsa daripada 15 keluarga.

Menurutnya, mangsa banjir di Pendang pula seramai 281 mangsa daripada 74 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah iaitu 200 mangsa daripada 49 keluarga, manakala PPS Dewan Cenderawasih seramai 81 mangsa dari 25 keluarga.

“PPS SK Tualang, Pokok Sena pula masih kekal seramai empat mangsa daripada satu keluarga.
PPS SMK Ayer Hitam, Kubang Pasu menempatkan seramai lima mangsa daripada satu keluarga,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan