36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Status HSO/PUS: MySejahtera mohon maaf

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MySejahtera iaitu aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak Covid-19 di negara ini memohon maaf atas kesilapan teknikal aplikasi berkenaan membabitkan pengguna secara rawak.

Dalam satu ciapan di Twitter MySejahtera pagi ini, aplikasi berkenaan membuat permohonan tersebut atas kesilapan membenarkan pengguna rawak diberikan status Perintah pengawasan dan pemerhatian (Home Surveillance Order) atau individu dalam pemantauan (PUS) kepada beberapa individu.

“Kami telah membetulkan punca yang membenarkan perkara ini berlaku. Semua HSO yang salah telah dipadamkan, dan status PUS yang salah dikembalikan,” kongsinya hari ini.

Kesilapan teknikal itu disedari selepas beberapa individu mendakwa status mereka di MySejahtera bertukar kepada HSO dan PUS sejak awal pagi ini.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan