26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

3 lelaki ditahan jual arak, rokok seludup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA lelaki ditahan pihak berkuasa kerana terlibat dalam sindiket menggunakan pelekat kastam palsu untuk menjual arak serta rokok seludup dalam serbuan yang dijalankan di Taman Delima dan Taman Saujana, Kluang, Johor.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, tiga lelaki warga tempatan yang berusia 20, 28 dan 33 tahun ditahan itu dalam operasi bermula pukul 9.30 pagi.

“Dalam operasi pertama, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Batalion 5 PGA telah menahan dan membuat pemeriksaan ke atas dua orang lelaki tempatan berumur 28 tahun dan 33 tahun di sebuah premis di Jalan 1, Taman Delima.

“Antara barang yang berjaya dirampas adalah 54 karton rokok dan 1,745 botol arak pelbagai jenama. Semua barang tersebut tidak memiliki cukai kastam serta menggunakan pelekat kastam yang disyaki palsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Kosmo Online.

Advertisements

Dimin berkata, hasil soal siasat dan dipandu arah suspek yang ditahan, pihaknya membuat pemeriksaan terhadap sebuah lagi premis di Jalan Saujana Perdana 1, Taman Saujana, dan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun.

Jelasnya, dalam siri serbuan kedua itu, sebanyak 168 tin dan 175 botol arak pelbagai jenama yang tidak memiliki cukai kastam dirampas.

“Hasil siasatan juga mendapati kesemua suspek mengaku membekalkan rokok serta arak tidak bercukai kepada kedai-kedai runcit di sekitar daerah Kluang,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan serta rampasan bernilai RM127,318.55 dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan Ianjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 135 (I) Akta Kastam 1967.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan