30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Bunuh Zulfarhan: 18 penuntut terlepas hukuman gantung

Kesemua mereka didapati bersalah mencederakan Zulfarhan sehingga menyebabkan kematian

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ENAM penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung selepas didapati bersalah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu.

Memetik laporan Kosmo Online, Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali selepas mendapati kesemua mereka didapati bersalah mencederakan Zulfarhan sehingga menyebabkan kematian.

Berikutan itu, keenam-enam mereka yang sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, hari ini disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian terhadap Zulfarhan.

Mengikut pertuduhan keenam-enam mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi pada 22 Mei 2017.

Advertisements

Dalam pada itu enam mereka turut didapati bersalah bersama 12 lagi tertuduh Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri.

Selain itu ialah Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah bilik blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara pukul 2.30 pagi dan pukul 5.30 pagi 21 Mei 2017.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan