24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

50 individu Islam minum arak di pusat hiburan ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 50 individu beragama Islam termasuk 24 wanita ditahan atas kesalahan syariah mengambil minuman memabukkan dalam serbuan bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama beberapa agensi berkaitan ke premis hiburan di ibu negara, malam tadi.

Serbuan dilancarkan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi Bersepadu Premis Hiburan (Kelab Malam/Rumah Pelacuran) Siri 10/2022 itu bertumpu ke sembilan premis hiburan sekitar Taman Shamelin, Taman Maluri, Jalan Metro Pudu, Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang, bermula pukul 11 malam dan berakhir pukul 3 pagi.

DBKL menerusi Facebook rasmi memaklumkan, selepas pemeriksaan ke atas pengunjung pusat hiburan terbabit termasuk warga asing, JAWI menahan 50 individu Islam dan mengeluarkan 50 Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaannya mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559).

“Melalui keputusan ujian saringan air kencing pula, AADK menahan seorang pengunjung berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234),” katanya hari ni.

Advertisements

DBKL turut menutup serta-merta empat premis mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 dan membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik/DJ) tanpa kebenaran.

Selain itu, tiga notis kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 (Melantik Pembantu Tanpa Kebenaran) dan UUK Iklan (WPKL)1982 (Pamer Iklan Tanpa Kebenaran).

“Sebanyak 31 peralatan muzik dan barangan di premis berkenaan disita, terdiri daripada kondom, televisyen, monitor dan dekoder kamera litar titar tertutup (CCTV), ‘DJ spinner’, komputer riba, ‘mixer’, pembesar suara, alat kawalan pencahayaan dan mikrofon, mikrofon serta ‘power amplifier’.

“Barangan dan peralatan muzik berkenaan dihantar ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan