25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

SOP tetap dilaksanakan dalam kawalan pergerakan rentas negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) tetap dilaksanakan seperti ketetapan dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN), termasuk larangan bagi individu yang tidak lengkap divaksinasi untuk memasuki restoran dalam kawalan pengerakan individu jika rentas negeri dibenarkan.

Itu jaminan yang diberikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang terdahulu mengakui tidak ada cara mengawal pergerakan individu yang belum divaksin.

Beliau berkata, mustahil untuk melaksanakan pemeriksaan kepada setiap individu yang merentas negeri khususnya bagi mengenal pasti mereka yang belum menerima vaksin Covid-19 di sekatan jalan raya.

“Justeru sukar untuk mengarahkan mereka melakukan ujian kendiri seperti yang dicadangkan segelintir pihak.

“Kaedah itu hanya akan mengakibatkan kesesakan jalan raya sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Kita tidak boleh buat sekatan jalan raya, kita periksa setiap orang keluar (rentas negeri) kalau tidak vaksin suruh buat ujian kendiri.

“Saya rasa rakyat lebih marah kalau berlaku kesesakan jalan raya, mereka sudah tunggu untuk balik kampung. Ini bukan macam Gelembung Pelancongan Langkawi jumlahnya tidak ramai, ini melibatkan semua jalan keluar masuk semua negeri dan bandar dan sangat mustahil kita semak satu persatu.

“Cuma SOP sedia ada MKN akan terus dipakai maksudnya kalau SOP sedia ada tidak membenarkan siapa-siapa tidak menerima vaksin melakukan dine in di restoran. Itu terpakai jadi walaupun kita akan kata hanya rentas negeri tidak ada cara untuk kita mengawal pergerakan yang belum divaksin.

“Tetapi kalau mereka balik, rentas negeri dan cuba makan di restoran mereka tidak akan ada kebebasan itu,” katanya ketika sidang media di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini, lapor MalaysiaGazette.

Baca juga:   Di ambang kejayaan, walaupun belum menang - Khairy

Jelas Khairy, langkah itu diambil bagi mengelak terlalu banyak SOP untuk rentas negeri.

“Kita tidak mahu terlalu banyak SOP dalam rentas negeri sebab ramai sudah tunggu balik kampung. Kita sudah capai 90 kadar vaksinasi dalam kalangan dewasa jadi sekarang kawalan kendiri dan pemerkasaan individu.

Baca juga:   Semua guru diberi vaksin sebelum sesi persekolahan bermula

“SOP tetap kekal jadi kalau ada larangan untuk yang tidak divaksin atau anti vaksin kalau mereka langgar masuk premis contohnya mereka boleh dikompaun,” tambahnya.

Beliau juga telah meminta pasukan polis untuk menjalankan Op Patuh apabila rentas negeri dibenarkan kelak bagi memastikan tiada pelanggaran SOP berlaku.

Sementara itu, Khairy berkata, KKM telah berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai harga kit ujian kendiri Covid-19 yang dilihat perlu diturunkan.

Namun katanya, pengumuman harga siling akan mengambil masa berikutan kementerian tersebut mahu memberi ruang peralihan masa kepada pembekal yang sebelum ini pernah mengeluh berhadapan kerugian apabila harga kit ujian diturunkan.

“Kita mungkin akan umum dalam masa akan datang tetapi ia akan ambil kira sedikit masa peralihan supaya pembekal yang sudah beli dapat jual bekalan sedia ada sebab kali terakhir diturunkan harga mereka tidak dapat masa cukup.

“Kita pun ada harga yang telah kita sarankan supaya jadi harga siling yang adil kepada pengguna dan pembekal,” katanya lagi.-Edisi 9

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan