27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

KPKT terima cadangan tambahan 877 unit PPR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima cadangan tambahan Rumah Ikram Keluarga Malaysia
sebanyak 877 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) lagi di bawah Kerajaan Negeri Johor dan 30 unit PPR di bawah Kerajaan Negeri Perak.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, terdahulu pihaknya telah menyediakan 1,000 unit kediaman di kawasan PPR sedia ada termasuklah di Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Johor bagi fasa 1 sebagai langkah permulaan.

“Ini adalah bagi memberi keselesaan kepada Keluarga Malaysia khususnya golongan B40 bertepatan dengan agenda KPKT dalam merawat keresahan rakyat serta meningkatkan keyakinan rakyat khususnya dalam fasa pasca penularan COVID-19.

“Inisiatif bersifat proaktif ini juga merupakan sebahagian daripada Agenda “Liveable Malaysia atau Malaysia Berdaya Huni” yang digagaskan oleh melalui fungsi serta peranan KPKT,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga:   Pengaruh “Mat Kilau” tarik Keluarga Malaysia dalami silat - PM

Terdahulu, beliau menyerahkan kunci kepada sembilan orang penerima manfaat Rumah IKRAM Keluarga Malaysia yang akan mula menduduki kediaman di Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, Selangor.

Dalam pada itu, Reezal Merican memaklumkan, sehingga 5 Oktober lalu, KPKT telah menerima sebanyak 690 permohonan dan 310 dari permohonan tersebut adalah permohonan yang terdiri dari Ketua Isi Rumah Wanita.

Beliau berkata, seramai 124 orang penerima Kumpulan Pertama telah pun ditawarkan
untuk mendiami Rumah IKRAM Keluarga Malaysia secara berperingkat bermula 4 Oktober lalu.

Baca juga:   Singapura tahan remaja 16 tahun rancang serang 2 masjid

“Dari jumlah tersebut,55 penerima adalah terdiri daripada Ketua Isi Rumah Wanita. Sejak dibuka, inisiatif Rumah IKRAM Keluarga Malaysia ini terus mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya.

Menurutnya, penerima manfaat rumah IKRAM Keluarga Malaysia ini akan menikmati sewaan kediaman serendah RM124 bagi tempoh maksimum dua tahun.

“Pengecualian bayaran sewaan untuk enam bulan pertama juga akan turut diberikan kepada penerima.

“Malaysia Berdaya Huni ini juga merupakan agenda utama KPKT dalam merealisasikan matlamat Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), “katanya.

Sebelum ini, pada 24 September lalu, inisiatif Rumah Ikram Keluarga Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob, adalah bertujuan untuk memberi penampan atau cushion kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat berteduh akibat daripada kesan pandemik COVID-19.-Edisi 9

Baca juga:   Macam sardin, 7 PATI disumbat dalam kereta ditahan

Wartawan

Terkini

Serangan bersenjata di Thailand, 23 kanak-kanak maut

SEKURANG-KURANGNYA 30 orang kebanyakannya kanak-kanak terbunuh selepas seorang lelaki bersenjatakan pistol dan pisau menyerbu sebuah taska di timur laut...

Lagi Artikel Berkaitan