Wednesday, June 17, 2026

12,884 kes sembuh direkodkan lepasi kes harian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah pesakit sembuh merekodkan sebanyak 12,884 kes melepasi kes harian dengan jumlah kes pulih daripada COVID-19 sebanyak 2,157,565 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata, terdapat 9,890 kes harian negara dengan 18 kes import.

“Daripada 9,890 kes harian yang dilaporkan, 162 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 9,728 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

“Secara keseluruhannya jumlah kes Covid-19 terkini sebanyak 2,313,727 kes,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Dalam pada itu, katanya, tujuh negeri merekodkan kluster baharu hari ini melibatkan lapan kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan dua kluster pendidikan lain.

“Kesemua 13 kluster baharu tersebut direkodkan di negeri Johor (empat kluster), Kelantan (tiga kluster), Pahang (dua kluster) serta Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah (masing-masing satu kluster),” katanya.

Ujar beliau lagi, sebanyak 827 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 445 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan