33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Biasakan diri dengan pasang surut kes Covid-19 – Khairy

Masyarakat perlu membiasakan diri dengan situasi berkenaan iaitu terdapat peningkatan atau penurunan kes COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sudah meramalkan terdapat peningkatan kes baharu COVID-19 selepas minggu pertama Aidilfitri.

Bagaimanapun, Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, masyarakat perlu membiasakan diri dengan situasi berkenaan iaitu terdapat peningkatan atau penurunan kes COVID-19 pada masa tertentu.

“Seperti diramalkan, terdapat sedikit peningkatan dalam kes selepas minggu pertama Syawal. Kita perlu membiasakan diri dengan penularan yang ada ‘pasang dan surutnya’.

“Selagi tahap keterukan masih rendah, kita boleh meneruskan peralihan ke fasa endemik,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan kes baharu COVID-19 akan meningkat selepas Aidilfirti namun majoriti adalah dalam Kategori Satu dan Dua.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, pihaknya mendapati angka harian COVID-19 selepas sempadan negara dibuka semula mulai 1 April lalu, mencatat trend menurun dengan 1,503 kes baharu, semalam.

Situasi itu sekali gus menunjukkan sudah ada imuniti kelompok dalam masyarakat di negara ini.

Pada 4 Mei lalu, negara mencatatkan kes COVID-19 tiga angka iaitu sebanyak 922 kes. Kali terakhir negara mencatatkan kes harian tiga angka pada 29 Mac tahun lalu iaitu sebanyak 941 kes.

Namun, selepas seminggu Aidilfitri, kes harian kembali melepasi 2,000 kes iaitu sebanyak 2,153 kes kelmarin dan 2,246 kes setakat semalam.-Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: Ambil tindakan tegas – Tunku Ismail

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim hari ini menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas berhubung isu penjualan stoking...

Lagi Artikel Berkaitan