31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tiada ‘sembang kari’, AirAsia perlu jawab dalam tempoh 24 jam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AIRASIA diberi tempoh 24 jam untuk memberikan penjelasan berhubung kelewatan, penangguhan dan pembatalan penerbangan pesawatnya ke beberapa destinasi.

Demikian ditegaskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Alexander berkata, pihaknya telah mengumpulkan segala rungutan, keluhan dan aduan pengguna berkenaan isu berkenaan malah, sudah menghubungi AirAsia bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Tiada ‘sembang kari’, cakap tak serupa bikin, ‘siasat dan siasat’ atau sekadar berpeluk tubuh dalam isu ini. Kepentingan pengguna adalah amanah saya sebagai menteri KPDNHEP.

“Pada masa sama, usaha merungkai masalah ini perlu dibuat secara teratur bagi memastikan suatu penyelesaian menyeluruh berupaya dirangka dan dilaksanakan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, antara isu berkisar kepentingan pengguna yang diketengahkan menerusi libat urus awal bersama AirAsia adalah penangguhan jadual penerbangan, semakan semula jadual penerbangan sehingga menjangkau lebih enam jam.

Alexander berkata, isu lain dibangkitkan termasuk kelayakan pengguna mendapatkan pampasan sekiranya mengalami kelewatan penerbangan.

“Bagi memudahkan pengguna, saya meminta AirAsia untuk menyediakan carta aliran mengenai proses memfailkan aduan rasmi bagi mendapatkan pampasan.

“Meskipun perihal mengenai industri penerbangan banyak tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, tetapi sebagai menteri KPDNHEP, saya akan campur tangan sekiranya hak pengguna terkait sama.

“Rentetan itu, saya mendesak supaya MOT dan MAVCOM untuk lebih proaktif serta tampil untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung isu ini,” katanya.

Semalam, para penumpang syarikat penerbangan itu mengeluh kerana perlu menghadapi masalah kelewatan, penangguhan dan pembatalan penerbangan ke beberapa destinasi sejak kebelakangan ini.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan