29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tambang AirAsia serendah RM199 ke Sabah, Sarawak

Tawaran itu dibuat sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina bulan depan membabitkan penerbangan bermula 17 hingga 30 Januari 2023.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT penerbangan AirAsia menawarkan tambang penerbangan serendah RM199 bagi laluan Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Sabah dan Sarawak yang mula dibuka untuk tempahan hari ini.

Tawaran itu dibuat sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina bulan depan membabitkan penerbangan bermula 17 hingga 30 Januari 2023.

Selain 52 penerbangan tambahan istimewa pada tambang harga rendah ke enam destinasi popular di Sabah dan Sarawak, AirAsia juga mengendalikan 274 penerbangan mingguan pada tambang biasa ke destinasi sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia pada Aviation Group Ltd, Bo Lingam berkata, tawaran itu membabitkan laluan Kuala Lumpur ke  Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri serta dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu dan Miri dengan tambang RM199 sehala.

Beliau berkata, pihaknya juga menawarkan tambang sehala serendah RM249 bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu.

“Pada musim perayaan itu, kami akan mengendalikan 52 penerbangan tambahan ke enam destinasi popular di dua negeri itu selain 274 penerbangan mingguan pada tambang biasa ke destinasi sama.

“Sebanyak 25,020 tempat duduk tambahan tersedia ke dua negeri itu bagi tempoh perayaan akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman tambahan penerbangan Air Asia sempena Tahun Baharu Cina di sini, hari ini.

Majlis pengumuman tambahan penerbangan dan tambang istimewa itu disempurnakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Bo berkata, sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kami melakukan yang terbaik untuk menghubungkan para tetamu pada tambang berpatutan walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam operasi.

“Beberapa tahun kebelakangan ini adalah amat sukar untuk semua dan walaupun industri perjalanan kini semakin pulih, kami tidak dapat menambah penerbangan seperti sedia kala berikutan pandemik.

“Namun, di sebalik kos operasi yang semakin meningkat dan kekurangan jumlah pesawat, kami terus berusaha dan komited untuk menyatukan semula rakyat Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

“Hari ini, kami berbesar hati kerana dapat mengumumkan penerbangan tambahan lewat malam istimewa pada tambang rendah tetap.

“Sebanyak 25,020 tempat duduk tambahan dari destinasi terpilih di Sabah dan Sarawak tersedia untuk tempahan bagi tempoh perayaan akan datang.

“Inisiatif ini tidak mungkin dapat dilancarkan tanpa dedikasi Allstars dan pihak kerajaan atas bantuan mereka mendapatkan kelulusan untuk penerbangan tambahan lewat malam, “katanya.

Sementara itu, Anthony dalam ucapannya berkata, beliau berbesar hati kerana AirAsia terus komited menyokong inisiatif kerajaan menurunkan tambang penerbangan ketika musim perayaan, meskipun terdapat kekangan operasi.

Katanya, beliau turut menggalakkan syarikat penerbangan lain untuk turut melancarkan inisiatif sama termasuk mengurangkan tambang penerbangan terutama ketika musim perayaan. –Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan