28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Perdim cadang KKM berkolaborasi dengan klinik swasta

Bagi mengatasi masalah kesesakan dan waktu menunggu begitu lama di klinik-klinik kesihatan dan hospital kerajaan

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) dicadangkan agar berkolaborasi dengan klinik-klinik swasta bagi mengatasi masalah kesesakan dan limpahan pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan hospital-hospital kerajaan.

Presiden Persatuan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Boi Saidi Abd Razak berkata, langkah tersebut juga diyakini mampu mengatasi masalah waktu menunggu begitu lama yang dihadapi oleh para pesakit sekali gus dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan negara.

“Jika rakyat Malaysia atau pesakit boleh memilih untuk berubat ke klinik-klinik swasta dengan kuota atau peruntukan yg diberikan oleh pihak KKM, sudah pasti hospital kerajaan tidak lagi kebanjiran pesakit.

“Dan, jika pesakit-pesakit di klinik kesihatan juga dapat dikongsi bersama-sama klinik swasta, masa menunggu di klinik kesihatan juga boleh dikurangkan,” katanya hari ini.

Pada 23 Jun 2019, media melaporkan kira-kira 41.3 peratus pesakit terpaksa menunggu antara empat hingga enam jam untuk mendapatkan rawatan aku dan kecemasan (A&E) di klinik kesihatan dan hospital kerajaan di negara ini.

DR BOI SAIDI ABD RAZAK

Malahan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika melawat Klinik Kesihatan Dengkil pada September lalu juga terkejut apabila mendapati klinik tersebut penuh sesak dan para pesakit terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan rawatan.

Advertisements

Dr Boi Saidi berkata, KKM boleh menggunakan kad kesihatan tertentu mengikut kesesuaian pengguna bagi pemberian peruntukan kepada klinik swasta untuk menerima pesakit.

“Biaya bagi konsultasi dan ubat-ubatan boleh dibayar kepada klinik swata menggunakan satu kad kesihatan khas yg dijamin oleh KKM,” katanya.

Beliau berkata, Perdim juga sedia untuk duduk dengan KKM bagi membincangkan mekanisme yang boleh diguna pakai bagi pelaksanaan cadangan tersebut.

Untuk rekod, KKM telah menggunakan perkhidmatan klinik-klinik swasta bagi urusan pemeriksaan COVID-19 serta program pemberian vaksinasi virus tersebut pada 2020 dan 2021 lalu.

Langkah yang diambil KKM ketika itu telah berjaya membantu mempercepatkan negara mencapai kadar imunisasi hampir 100 peratus.

Kerajaan sebelum ini juga telah mewujudkan Klinik 1Malaysia di seluruh negara bagi mengatasi kesesakan di klinik-klinik kesihatan sebelum ia ditutup ketika di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan