32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Lot kedai di Taman Impian Ehsan musnah dijilat api

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA lot kedai termasuk kedai perabot, kedai snuker, kedai makan dan stor hampir hangus terbakar dalam kejadian yang berlaku di Persiaran Impian, Taman Impian Ehsan, Hulu Langat, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar pukul 9.41 pagi tadi.

Katanya, seramai 24 kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn, BBP Serdang dan BBP Bangi bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Setiba dilokasi, hasil siasatan awal mendapati kebakaran berkenaan melibatkan sebuah bangunan kelas C berkeluasan 30×90 kaki persegi.

“Bangunan berkenaan menempatkan lot-lot kedai yang terdiri daripada kedai perabot, kedai snuker, kedai makan dan stor.

“Akibat kejadian kebakaran itu, bahagian stor barangan perkakasan telah musnah terbakar sebanyak 60 peratus,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norazam, api berjaya dipadamkan dan tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran berkenaan. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan